Biography Theresa Russell

Career

Russell bermula sebagai peragawati sedari umur 12 tahun lagi dan membuat penampilan pertama menerusi filem The Last Tycoon, disamping Robert De Niro pada 1976. Russell juga pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti Straight Time (1978), Bad Timing (1980), Black Widow (1987), Impulse (1990), dan The Believer (2001). Penampilan unggul Russell adalah menerusi filem Spider-Man 3 sebagai isteri kepada Flint Marko (lakonan Thomas Haden Church).[1]

Peribadi

Russell dilahirkan di San Diego, California dan pernah menuntut di Sekolah Tinggi Burbank. [2] Beliau pernah berkahwin dengan pengarah Inggeris Nicolas Roeg (lahir pada 1928), pada 1982 (dan telah bercerai), dan mempunyai dua orang anak, Maximillian Roeg dan Staten Roeg.